CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 22 January 2013

AZAM & WISHLIST

 ASSALAMUALAIKUM.

Annyeong Haseyo! Haaaa. Nampak tak aku feeling-2 Korea di situ. HAHA. OK. Ni entri pertama aku untuk tahun ni. SELAMAT TAHUN BARU 2013. Maaflah terlewat untuk wish tahun baru. Hehe. Rindu aku tak? *OK. Aku memang selalu perasan*  Actually takde apa nak cerita sangat pon. Just nak share-2 sikit wishlist and azam aku tahun ni. Korang pon share-2 la dengan aku, aku sudi membacanya. Hehe.

Sebenarnya dari dulu aku memang takde nak pasang azam bagai, tapi tahun ni, errrr.. nampak tak baru merangkak-rangkak nak pasang azam. Satu je azam aku tahun ni, iaitu tingkatkan ibadah aku. Kalau sebelum ni cuma buat yg wajib, sekarang aku bertekad akan menambah dengan ibadat sunah. Contoh macam bersedekah, solat sunat setiap hari, puasa sunat dan lain-lain lagi. InshaAllah. Doakan aku supaya terus istiqamah. Adalah satu penyesalan sebab aku tak mulakan dari dulu. Semoga Allah kuatkan aku. Allahuakhbar! :')

Aku taw azam korang mesti banyak kan? Nak kuruskan badan, nak katangkan badan, nak cari duit banyak-2 utk kawen, bla bla bla. HAHA. Tak kesah lah apa-2 pon azam korang, yg penting azam ke arah kebaikan. :)

Haaaaa. WISHLIST! Kalau korang scroll, tengok sebelah kiri entri aku mesti nampak wishlist aku. Tu dah berapa lama punya wistlist tak selesai lagi. -.-" Rasa dah malas nak tambah wishlist. Kereta sendiri macam lambat lagi je. Share kereta ngan abah je la. Hikss. Handphone pon macam tak berminat dah nak ganti. Guna aje yg lama sampai rosak. Rainbow Al-Quran tu memang nak sangat. Boley sesiapa hadiahkan kat aku tak? HEHE. LOVING HUSBAND! Hmmm. Ini soal jodoh. Jadi, aku serahkan pada Allah untuk temukan aku dengan jodoh aku. Aku taw aku pon kena mencari tapi aku belum ready. Tapi aku tak risau, Allah dah janjikan yg setiap manusia berpasang-pasangan. Kalau bukan di dunia, pasti di akhirat. :')

Extra wishlist! Aku macam fefeeling nak round-2 Malaysia makan angin gittuw. Boley? HAHA. Aku macam takde life je. Dari dulu sampai sekarang aku takde jenjalan merata pon. Paling menyedihkan , Kuantan yg aku dah mastautin hampir 18 tahun ni pon aku tak habis jelajah lagi. Sad! -.-" OK. Abaikan kisah sedih itu. So, aku akan mulakan penjelahan merata tahun ni. Kalau boley nak panjat gunung, masuk hutan, buat aktiviti lasak semua. HAHA. :D

Aku rasa dah cukup kot aku bercerita. Kang korang menyampah baca panjang-2. HAHA. Malam pon dah lewat sangat ni. Haruslah berangkat ke katil sekarang juga. Esok lewat gi keje lak. Aku doakan azam dan wishlist kalian akan terlaksana dengan jayanya k. Amin ya Rabb. :)


" MENCIPTA SATU CERITA BARU LEBIH MUDAH DARI MENGHAPUS CERITA LALU "


 " JIKA KAU RASA BERUBAH KE ARAH LEBIH BAIK ITU SUSAH, MAKA ISTIQAMAH ITU LEBIH SUSAH. YANG PENTING, NAWAITU KITA. :) "

 XOXO




Happy reading and do spread LOVE.. ;)

Love,
Cik Cikin.

0 love letter(s):

Post a Comment