CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 18 April 2013

RANDOM THINGS #1

ASSALAMUALAIKUM.




Hai korang. Apa macam? Sehat ke tidokkk? HAHA. Hari ni cuti, so aku pon merajinkanlah diri nak hupdate belog kecintaan yang lama dah tak update. Sebulan da wey. Siapa nak baca, angkat tangan! 

Krikk Krikk Krikk. 

-.-

OK lah, aku takde pe pon, just nak hupdate random things yg tetibe muncul dalam kepala hotak aku ni. Semalam aku jenjalan kat East Coast Mall aka ECM. Padahal memang hari-hari aku jalan kat situ. -.- Tapi biasanya aku tak jalan satu ECM la, aku just jalan ke outlet aku keje je. Semalam aku pi la kat Hinode Shop jejenguk ape yg best sebab memang lama gila tak masuk kedai tu. Baik punya usha barang, aku pon cam berkenan nak amek satu balang kaca ni. Well, RM5 je. So, dengan pantas tanpa berfikir panjang, aku pon hamek je la. 

Ni la ghupe diaaaaaa.


Balang ni aku beli untuk letak duit kertas sahaja. Nampak tak duit sehengget tu. Actually, baru start hari ni je letak duit tu. Sehari kena letak at least sehengget. Doakan aku kental untuk meletak at least sekeping duit dalam ni setiap hari. Nanti aku nak decorate sket balang ni jadi lagi cantik. :D


 OK. Ni tabung aku. Dah lama dah ni. Dua ke tiga tahun jugak la. Tiap kali penuh, terus bawak gi bank takpon aku tukar duit kat outlet amek duit kertas. Senang sikit nak bank in. Tabung-tabung ni aku tak campur taw duit nya. Contoh kat atas tu tabung rabbit warna biru tu aku letak duit 5 sen sahaja. Tabung burger tu aku letak 50 sen je. Tabung katak hijau, aku letak 10sen dan tabung bear coklat tu aku letak 20 sen. Lihat gambar di bawah. 


Normally, mak aku akan masukkan jugak duit syiling dalam tabung-tabung aku ni kalo ada balance syiling dia balik dari kedai runcit. Tapi mak aku ni dia ikut dan je masukkan syiling dalam tabung mana-mana even aku dah bagitaw. Dia cakap, ala sama je, nanti nak masuk bank jugak. -.- So, kalau aku ternampak, aku akan keluarkan balik semua, then masukkan semula dalam tabung-tabung yg betul. HAHA XD Paling lambat nak penuh tabung yg 5 sen tu lah.


 Binatang comel kat atas ni pulak tempat letak handphone aku. Biasanya aku akan main game dulu dalam fon aku sebelum tido. Bila dah habis main, konpem fon jadi panas. So, aku letaklah fon aku dalam binatang lembut ni. Semoga fon aku buat perangai baik je, sebab aku jaga hang leklok. Beli kat Hinode Shop jugak. HAHA XD

 

Aku adalah seorang yg tak mementingkan branded things. So, aku tak kesah pakai barang RM5, RM10 ke janji barang tu elok. Tak kesahlah baju ke, jam ke, purse ke. FYI, purse aku harga RM4.90 je, janji duit aku tak berterabur. Jam-jam aku macam dalam pic tu semua RM10 beli kat uptown sebelah terminal. Cantik kan? Sebab aku pikir, sayangnya duit beli barang mahal-mahal, penat keje taw nak cari duit. Ada lah jugak aku beli barang branded sikit macam kasut, seluar. Tipu lah kalo takde. HAHA. Aku tak kesah tu barang murah ke apa asal aku boleh tutup aurat aku dari rambut ke hujung kaki daripada beli baju branded tapi macam tak cukup kain. Oppss! HAHA.


Sekarang ni aku rajin dengar satu online radio ni sebab support kawan-kawan scout aku , SRECK which is Sea Rover E Crew Kuantan. Dyorang cool gila kot dan lawak. Tapi dyorang ni buat lawak, dyorang gelak sendiri. Itu lah DJ Psank ngan DJ Suhel. Depa ni senior time aku sekolah dulu. HAHA. Kalo korang nak ceriakan malam korang, boleh lah bukak link ni SRECK FM . Kebiasaannya dyorang akan broadcast every Friday around 9pm or 10pm. Korang jugak boleh request lagu and buat dedication. The best part is ada cerita seram. *Mohon DJ Psank & DJ Suhel bayar aku sebab tolong promote. Gurauuuu. XD*


Ok. Penat dah merapu kat sini. Nak gi makan Cornflakes sambil dengar SRECK FM. 

Kbai.

XOXO

Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

 Love,
Cik Cikin.

Thursday, 28 March 2013

KESEDIHAN



Kesedihan,
munculnya bersama langit mendung,
berlegar seperti udara lembut,
terpijak seperti tanah basah.
Aku tidak nampak matahari.
Aku tidak merasakan angin kencang.
Aku tidak berpijak di tanah gersang.
Air mutiara turun sedikit demi sedikit,
lalu turun mencurah tanpa malu,
dibiarkan begitu,
lantas kering sendiri di tanah pipi lembut,
tidak perlu disapu.
Biarkan saja!
Ya! Biarkan saja.
Biar jadi ingatan cerita sedih itu.
Biarkan habis di sini.
Kerna aku tahu...
Kesedihan tidak pernah membiarkan kegembiraan
datang sendiri ke hidup manusia.

XOXO


Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

Love,
Cik Cikin.

Wednesday, 13 March 2013

OH, TODAY IS YOUR BIRTHDAY! #1


ASSALAMUALAIKUM.

Lama gila tak update belog. Sebulan lebih kan? So, hari yang indah ni aku merajinkan diri untuk meng-hupdate entri yg simple. Paling simple lah. Betul!

Bertarikh 13Mac 2013, aku dedikasikan entri khas ni buat buat one of my greatest friends, Nooraini Zainudin sempena birthday beliau ini hari. *Tepuk tangan reramai*

Tahun ni dah masuk tahun keenam friendship kitorang dan berharap akan kekal sampai akhir hayat. HAHA Bermula sebagai coursemate, classmate, roomate, then jadi pendengar setia, kaunselor terbaik. Beliau sahabat paling aku selesa untuk bercerita, luah perasaan bagai. Mungkin sebab dia macam kakak-kakak kot. Selesa panggil beliau Waknon instead of Aini. KIKIKIKI :P

So, today I'm giving you a shout out. 

Waknon, kalau hang baca ni, aku nak wish Happy Birthday yang ke-24 kat hang. Semoga hang panjang umoq, murah rezeki, jadilah anak yang solehah, jadi hamba Allah yang taat, jadi pelajar yang cemerlang, semoga ibadah sentiasa diterima Allah, dan yang paling penting, semoga dipercepatkan jodoh. Abang ipaq, sila muncul. HAHA. May Allah bless you dear. Sayang hang ketat-ketat. Sila terharu. HAHA XD

Sekian ucapan dan doa dari aku. MIHMIHMIH




Tabung kesayangan Waknon yang paling ceria. :D


" SETIAP BILANGAN LILIN HARI JADI DITIUP BUKAN ITU BUKAN UKURAN, TETAPI SEMAKIN BERTAMBAH AMALAN DAN IBADAH KITA YANG PALING PENTING SUPAYA JADI BEKALAN MENEMPUH HARI YANG AKAN DATANG."

"SETIAP DETIK TERUS BERJALAN, JUGA DI IKUTI DENGAN USIA."

XOXO


Happy reading and do spreads LOVE.. ;)

Love,
Cik Cikin.

Tuesday, 22 January 2013

AZAM & WISHLIST

 ASSALAMUALAIKUM.

Annyeong Haseyo! Haaaa. Nampak tak aku feeling-2 Korea di situ. HAHA. OK. Ni entri pertama aku untuk tahun ni. SELAMAT TAHUN BARU 2013. Maaflah terlewat untuk wish tahun baru. Hehe. Rindu aku tak? *OK. Aku memang selalu perasan*  Actually takde apa nak cerita sangat pon. Just nak share-2 sikit wishlist and azam aku tahun ni. Korang pon share-2 la dengan aku, aku sudi membacanya. Hehe.

Sebenarnya dari dulu aku memang takde nak pasang azam bagai, tapi tahun ni, errrr.. nampak tak baru merangkak-rangkak nak pasang azam. Satu je azam aku tahun ni, iaitu tingkatkan ibadah aku. Kalau sebelum ni cuma buat yg wajib, sekarang aku bertekad akan menambah dengan ibadat sunah. Contoh macam bersedekah, solat sunat setiap hari, puasa sunat dan lain-lain lagi. InshaAllah. Doakan aku supaya terus istiqamah. Adalah satu penyesalan sebab aku tak mulakan dari dulu. Semoga Allah kuatkan aku. Allahuakhbar! :')

Aku taw azam korang mesti banyak kan? Nak kuruskan badan, nak katangkan badan, nak cari duit banyak-2 utk kawen, bla bla bla. HAHA. Tak kesah lah apa-2 pon azam korang, yg penting azam ke arah kebaikan. :)

Haaaaa. WISHLIST! Kalau korang scroll, tengok sebelah kiri entri aku mesti nampak wishlist aku. Tu dah berapa lama punya wistlist tak selesai lagi. -.-" Rasa dah malas nak tambah wishlist. Kereta sendiri macam lambat lagi je. Share kereta ngan abah je la. Hikss. Handphone pon macam tak berminat dah nak ganti. Guna aje yg lama sampai rosak. Rainbow Al-Quran tu memang nak sangat. Boley sesiapa hadiahkan kat aku tak? HEHE. LOVING HUSBAND! Hmmm. Ini soal jodoh. Jadi, aku serahkan pada Allah untuk temukan aku dengan jodoh aku. Aku taw aku pon kena mencari tapi aku belum ready. Tapi aku tak risau, Allah dah janjikan yg setiap manusia berpasang-pasangan. Kalau bukan di dunia, pasti di akhirat. :')

Extra wishlist! Aku macam fefeeling nak round-2 Malaysia makan angin gittuw. Boley? HAHA. Aku macam takde life je. Dari dulu sampai sekarang aku takde jenjalan merata pon. Paling menyedihkan , Kuantan yg aku dah mastautin hampir 18 tahun ni pon aku tak habis jelajah lagi. Sad! -.-" OK. Abaikan kisah sedih itu. So, aku akan mulakan penjelahan merata tahun ni. Kalau boley nak panjat gunung, masuk hutan, buat aktiviti lasak semua. HAHA. :D

Aku rasa dah cukup kot aku bercerita. Kang korang menyampah baca panjang-2. HAHA. Malam pon dah lewat sangat ni. Haruslah berangkat ke katil sekarang juga. Esok lewat gi keje lak. Aku doakan azam dan wishlist kalian akan terlaksana dengan jayanya k. Amin ya Rabb. :)


" MENCIPTA SATU CERITA BARU LEBIH MUDAH DARI MENGHAPUS CERITA LALU "


 " JIKA KAU RASA BERUBAH KE ARAH LEBIH BAIK ITU SUSAH, MAKA ISTIQAMAH ITU LEBIH SUSAH. YANG PENTING, NAWAITU KITA. :) "

 XOXO




Happy reading and do spread LOVE.. ;)

Love,
Cik Cikin.

Thursday, 13 December 2012

12 DECEMBER 2012 :)

 ASSALAMUALAIKUM.


Today's already 13th. Tarikh kat atas tu, ramai betol dok perkatakan semalam. Kena tunggu 1000 tahun lagi untuk tarikh yg sama. Mampu ke? HEHE. :)

 Jadi, pagi tu aku post ini di Instagram. :)



Dan malam itu, mungkin itulah magisnya terlihat. 10.25pm. Setelah sekian lama, dia memulakan bicara. Harap persahabatan ini sampai bila-bila. Aku tak mahu ada benci. Yang indah, dibiarkan indah walaupun hanya dalam hati sendiri. Terima kasih kawan kerana membuat aku tersenyum penuh makna buat seketika semalam :)

Mungkin di situ terlihat sedikit istimewanya 12.12.12.


" MENGENANG ITU TIDAK SALAH, TAPI SENDIRI MAHU INGAT BATASANNYA."


XOXO


Happy reading and do spread LOVE.. ;)

Love,
Cik Cikin.